Nurin Tihani's FotoPage

By: Ummi Babah Nurin dan Aqil

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 14-Aug-2008 10:01 Email | Share | Bookmark
.:Dari dapur ummi:.

 
Dah lama rasanya tak tempek menu dapur nurin kat sini.. so entry kali ni khas utk masak memasak la ye.. selamat menjamu mata ye kawan2...



Quote:
Chocolate Cupcakes (sumber:mamafami- sori mama,miza copy paste je resipi tu)

300g flour
350g sugar
1/2 cup unsweetened cocoa powder
1 1/2 teaspoon baking soda
1 1/2 cup milk
1/2 cup butter
2 teaspoon vanilla
2 eggs

Measure out everything but the eggs directly into your mixer bowl. Mix on low speed just until incorporated. Beat on high speed for 2 minutes. Add eggs, beat on high speed again for 2 minutes.

Scoop mixture into papercups. If your using ice-cream cone, make sure to give about 3/4inch allowance below the cone rim. Bake for 15-25 minutes or until a toothpick comes out clean. Oven temp may varies. I used 170 deg C range.

Let cool slightly in the pan then transfer on a rack to cool completely before frosting.


RESIPI YANG KAT BAWAH NI SEMUANYA DAH LAMA BUAT.. CUMA TAK SEMPAT NAK TEMPEK SINI SEBELUM NI..



Quote:
COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE (sumber: alma @myresipi.com)

Bahan-bahan ( 8-inci )

* Bahan A:
* 250g cream cheese
* 50g butter
* 100 ml susu segar (fresh milk)
* 6 biji kuning telur
* 1 sdb jus lemon
* 1/4 sdk garam
* 60g tepung kek / tepung superfine
* 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
* 140g gula (granulated sugar)
* 6 biji putih telur
* 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

1. Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati.
2. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama tartar krim, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).




Quote:
MARBLE CHOCOLATE CHEESE CAKE (sumber : kak rinn :kak rin,saya copy n paste je ye)

Bahan A :
180gm mentega
20gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
120gm tepung naik sendiri (Diayak bersama serbuk koko & baking powder)
170gm gula castor
3 biji telur

1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, kacau sebati.
2. Masukkan campuran tepung+baking powder+serbuk koko. Gaul rata dan bahagi kepada dua bahagian.

Bahan B:
250gm cream cheese
60gm gula castor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

1.Pukul cream cheese sampai kembang.
2.Campurkan gula, telur dan esen vanilla. Pukul lagi sampai kembang dan rata.

Cara-cara :
1. Tuang satu bahagian A ke dalam loyang. Ratakan. Tuang aduanan cream cheese di atasnya dan ratakan.
2. Tuang sebahagian lagi bahan A dan ratakan.
3. Bakar pada suhu 165 darj cel selama 50min-60min ikut oven masing-masing. Seeloknya dibiarkan sejuk dulu sebelum dipotong.




Quote:
FRUIT TART (sumber :mat gebu @myresipi.com )

BAHAN2 PASTRY:-
-113 g mentega
- 75 g gula halus
- 1 biji telur Gred A + 1 kuning telur
- 250 g tepung gandum

Bahan Pastry Cream
300 g susu segar (panaskan hingga suam)
3 kuning telur
50 g gula halus
20 g tepung gandum*
20 g tepung kastard*(*disatukan dan diayak)
1 1/2 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega

BAHAN2 LAIN:-
- Coklat cair secukupnya
- Buah2an segar (ikut kegemaran masing2)
- Jem aprikot atau piping jelly (kalau suka)

Cara-cara

1. UNTUK PASTRY:- Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut. Bungkus dgn plastik dan dinginkan dalam peti sejuk 2 jam.

2.UNTUK KRIM PASTRY:-
Panaskan susu hingga menjadi suam. Matikan api. Dalam satu bekas, satukan kuning telur, gula dan tepung yg telah diayak. Kacau menggunakan wisk hingga berkrim. Tuang susu suam sedikit2 sambil terus mengacau hingga susu habis dituang. Tenggekkan bekas berisi adunan tadi atas air mendidih dan terus mengacau hingga adunan berubah menjadi pekat dan licin. Matikan api dan masukkan esen vanila dan mentega atau marjerin. Kacau hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas yg bertutup dan tutup rapat.

3.Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit doh dan canai mengikut saiz acuan. Perlahan2 alihkan doh ke dalam acuan tat dan kemaskan. Buat hingga habis. Kemudian cucuk2 permukaan kulit tat dgn garfu.

4.Masukkan acuan tat yg telah diisi dgn doh ke dalam peti sejuk, sementera menunggu oven panas (pada suhu 175C). Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga kuning ke emasan.

5.Bila masak, keluarkan kulit tat dari acuan dan sejukkan diatas redai.

6.Sapukan bhg dalam kulit tat dgn sedikit coklat cair.

7.Paipkan dgn krim pastri tadi. Banyak atau sikit bergantung pada kehendak masing2.

8.Susun buah2an segar mengikut kreativiti masing2....tak kira buah2an tempatan atau buah2an import....




Quote:
PIZZA

Bahan base:
3 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
2 sudu teh yis
1/4 cawan olive oil (pakai minyak masak je)
sedikit garam

Cara:
1.Gaul rata semua bahan sehingga membentuk doh yang lembut.
2.Tutup adunan dgn kain lembap hingga naik 2 kali ganda
3.Tumbuk2 adunan (utk hilangkan angin)
4.Bulatkan adunan dan canai mengikut saiz dikehendaki
5.Biarkan adunan naik sedikit.
6.Bakar pada suhu 180 darjah selama 10 minit.

Inti? Ikut kesukaan masing2 la ye..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net