Nurin Tihani's FotoPage

By: Ummi Babah Nurin dan Aqil

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 14-Mar-2008 01:45 Email | Share | Bookmark
Dari dapur ummi...

Dah lama tak tempek hasil air tangan ummi kat sini...
ni antara kuih muih yg dah berjaya dibuat.. hehheee...
resipi lain kali tempek ye.. jamu mata dulu..



NASI KAYO

Bahan:
Lapisan bawah :
2 cawan beras pulut
2 1/2 cawan santan cair
sedikit garam

Lapisan atas :
5 biji telur
1 cawan santan (sederhana pekat)
1 cawan air gula melaka (masakkan 2 keping gula melaka dgn secawan air)
3 sudu besar gula pasir ( bergantung kpd kemanisan yg diingini)
1 sudu makan tepung beras
5 kuntum bunga cengkih ( kalau tak suka tak payah letak)

Cara :
Lapisan bawah :
1) Basuhkan beras pulut dan rendam beberapa jam sebelum di masak.
2) Masukkan santan cair + garam ke dalam beras pulut yang telah disejat.
3) Kukus sehingga masak.
4) Sapu sedikit minyak pada loyang yg lain. Kemudian tekankan pulut yang telah masak tadi sehingga mampat.
5) Kukuskan semula seketika sebelum dituangkan lapisan atas.

Lapisan atas:
1) Masukkan semua bahan dan kacau hingga rata.
2) Tapiskan adunan ke atas lapisan bawah.
3) Kukus sehingga masak.
4) Sejukkan dahulu sebelum dipotong.




KUIH PUTERI AYU (sumber myresipi.com)

Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan) )

* 5 biji telur (saiz kecil)
* 250gm tepung gandum
* 300gm gula
* 2 camca teh ovallate
* 1 camca teh baking powder
* 250ml santann (saya pakai susu segar)
* Pewarna hijau
* 2 camca teh paste pandan
* Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara

1. Panaskan kukusan.
2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.





TALAM SUJI (sumber:kak liza)

Lapis bawah :
1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
1 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapis atas :
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula
1 cawan gula merah

Cara:
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat..
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas.
4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah.
5. Kukus lagi selama 20 minit.
6. Sejukkan dan potong. Hidangkan.





AKOK[/b] (sumber : myresipi.com)

Bahan-bahan ( 36 biji )

* 5 biji telur
* 200 ml pati santan
* 100 ml air
* 150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
* 30 gram tepung gandum
* 3 helai daun pandan- disiat-siat
* 2 cubit garam halus

Cara-cara

1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
4. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.




ROTI GORENG (resipi asal DONUT SURIA dari mamafami)

Bahan A:
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula halus
3 sudu besar marjerin

Bahan B:
2 sudu teh yis kering
200 ml air suam

Cara:
1. Bancuh bahan B.
2. Gaul semua bahan A hingga rata.
3. Masukkan bahan B ke dlm A dan uli hingga rata.



Quote:
Sebenarnya letih badan tak hilang lagi ni... baru smlm kami smpai kuantan setelah seminggu kat kota bharu... balik masa pilihanraya hari tu lagi...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net