Nurin Tihani's FotoPage

By: Ummi Babah Nurin dan Aqil

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 21-Jan-2008 08:26 Email | Share | Bookmark
Dari dapur ummi...

 
Khamis lepas tangan ni gatal nak buat muffin lak.. kebetulan dlm peti ais ada strawberry filling.. so cari le resipi yg berkaitan.. terjumpa le resipi ni kat myresipi.com.. resipi asal pakai blueberry jam.. just tukar blueberry ke strwberry je..


ps: sikit pulak filling kat dalam tu...
Quote:
Blueberry jam muffin (resipi from yani)

Bahan-bahan ( 12 biji- small size )

* 70g butter-suhu bilik
* 60g gula
* 1 biji telur-suhu bilik
* 2-3 titik esen vanila
* 4 sudu besar susu segar
* 100g tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
* blueberry jem secukupnya. (saya gantikan dgn strawberry filling)

Cara-cara

1. Pukul butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula pukul sehingga putih.
2. Masukkan pula telur dan kacau. Diikuti dgn esen vanila dan susu segar. Pukul sehingga sebati.
3. Ayakkan tepung + baking powder ke dalam no.2. Kacau dengan spatula.
4. Isikan 1/2 bekas muffin dengan adunan tadi. Kemudian isikan 1/2 sudu jem. Masukkan 1 sudu besar lagi adunan muffin.
5. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 minit.
6. Note: boleh kurangkan sedikit gula dalam adunan muffin jika tdk sukakan muffin yg lbh manis..


resipi kedua ialah lapis roti berdaging.. ambik kat myresipi.com gak.. ummi pakai roti yang dah nak expired.. nak makan dgn jam mcm dah kering sikit roti tu.. so daripada terbuang tu baik le buat sesuatu kan... kalo ikut resipi asal bakar lbh kurang 45 minit.. tapi ummi pakai microwave oven 15 minit dah leh makan..




kek puding karamel ni baru buat semalam.. resipi still dari myresipi.com (kak yani).. dah lama sebenarnya salin resipi ni.. baru smlm menjadi eksperimen tu.. terliur tgk puding kak aimi buat sebenarnya.. 1st eksperimen ni tak menjadi sangat.. kek tu kurang gebu sikit.. nak resipi? klik je kat sini k.. ada step by stp bergambar.. lupa nak snap gmbr sblm puding tu terbalikkan.. bila dah masak bahagian kek akan terapung belah atas n puding kat bawah..


petang smlm buat nasik ayam sempoi je.. resipi pun main agak je.. ikut suka hati..
ayam tu terlebih kicap lak.. tu yang over kehitaman.. yang pasti babah makan bertambah2...


ada sesapa nak order muffin??


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net