Nurin Tihani's FotoPage

By: Ummi Babah Nurin dan Aqil

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 9-Oct-2007 10:06 Email | Share | Bookmark
Salam Aidilfitri

 


Sempena raya yang bakal menjelang ni kami nak mohon maaf kepada semua rakan2 fp yang mengenali kami.. esok kami nak balik kota bharu... doakan kami selamat pulang ye..
kepada semua yang nak balik kampung tu hati2 di jalan raya k..

Lagi satu ummiNurin nak mintak maaf sebab dah lama tak update fp nurin ni.. dekat sebulan tak berupdate.. kalo rumah tu dah bersawang rasanya.. hehheee.. ummi bz wat biskut raya le.. insyaAllah lps raya nanti fp nurin akan sentiasa dikemaskini..




sapa yg nak rasa biskut nurin ni jom datang umah ye...
4 jenis je yg berjaya dibuat..

Quote:
BISKUT CORNFLAKES

Bahan-bahan (satu balang..lupa kira berapa biji )

* 10 oz tepung gandum (283.495g)
* 4 oz gula halus (113.398g)
* 6 oz marjerin (170.097g)
* 6 oz cornflakes (170.097g)
* 2 biji kuning telur
* 1 sudu teh esen vanilla
* 2 sudu besar tepung jagung (utk merangupkan biskut)

Cara-cara

1. Pukul gula bersama marjerin hingga kembang.
2. Pukul kuning telur dan vanilla hingga rata. Kemudian masukkan ke dalam adunan gula tadi. Pukul seketika.
3. Ramas-ramaskan cornflakes dengan tangan. (Saya tak pakai blender sebab takut terlalu hancur)
4. Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung. Kemudian gaulkan tepung bersama cornflakes.
5. Akhir sekali masukkan campuran tepung & cornflakes tadi ke dalam adunan mentega & gula. Gaul menggunakan spatula hingga rata.
6. Bulatkan adunan kecil-kecil. Hiaskan mengikut kretiviti masing2.
7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 125 C selama 10 minit.


Quote:
BISKUT DAHLIA

Bahan-bahan ( 100 biji )

* 8 oz tepung gandum
* 3 oz tepung kastard
* 1 1/2 oz tepung ubi
* 6 oz gula halus
* 7 oz marjerin / mentega
* 1 biji kuning telur
* 1 sudu teh esen vanilla
* Ceri merah dan hijau utk hiasan

Cara-cara

1. Pukul gula dan marjerin hingga kembang.
2. Masukkan telur sedikit demi sedikit. masukkan esen vanilla. Putar lagi seketika.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung ubi dan kastard.
4. Masukkan adunan tepung ke dlam adunan mentega sedikit demi sedikit.. utk langkah ni, saya gaul menggunakan spatula je..
5. Terap menggunakan acuan semperit. Jika adunan agak lembik tambah lah sedikit gandum.. hias dgn ceri hijau+merah.


Quote:
BISKUT MAMA CAREY

Bahan-bahan :

300 g mentega
375 g tepung
100 g gula ising
130 g tepung jagung
1 sudu kecil vanilla essence

Untuk hiasan:

100 g gula ising
1 biji putih telur
1 sudu besar tepung jagung
sedikit pewarna merah

1. Pukul mentega dan gula ising hingga kembang. Tambahkan esen vanilla dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung jagung dan tepung secukupnya. Uli hingga mendapat doh yang lembut.
3. Canaikan setebal 1/2 cm dan terap menggunakan acuan yang digemari. Susun di atas dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas.
4. Sapukan topping di atas biskut yang telah diterap. Untuk hasil yang lebih baik, gunakan hujung jari untuk meratakan topping tersebut.
5. Dengan menggunakan pencungkil gigi, celupkan ke dalam emulco coklat dan lorekkan di atas topping tadi.
6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150 C selamat 17 - 20 minit.
7. Untuk menyediakan topping : Campurkan semua bahan dan pukul rata hingga mendapat pes yang pekat.


Quote:
BISKUT ARAB(Crystal Ball)

Bahan:
250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minnyak sapi
pewarna merah, hijau, kuning

Papercup

Cara:
1. Gaulkan minyak sapi dengan gula halus hingga rata.
2. Masukkan tepung gandum. Uli hingga menjadi doh yg lembut.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Titiskan warna berlainan pada setiap bahagian.
4. Bentukkan aduna seperti bebola.Cantumkan 3 warna berlainan.
Letak atas cawan kertas.
5. Bakar pada suhu 150darjah lebih kurang 10 minit.
6. Angkat dan taburkan gula caster.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net