Nurin Tihani's FotoPage

By: Ummi Babah Nurin dan Aqil

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 8-Sep-2007 19:51 Email | Share | Bookmark
Menu minum petang



kuih lompang tu dah lama ummi buat.. cuma baru nak tempek resipi je..
muffin tu lak buat semalam.. muffin tu mcm kering sikit.. tak tau le kenapa.. sebab bakar kot.. kalo kukus maybe lembap sikit...



Quote:
CHOCOLATE CHIP MUFFIN
Bahan-bahan ( 15 biji )

* 1 3/4 cawan tepung gandum
* 1 cawan gula halus
* 1/4 cawan serbuk koko
* 1 sudu kecil baking powder
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 1/3 cawan minyak masak- vegetable oil
* 1 cawan susu segar or susu cair
* 1 sudu kecil essen vanila
* 1/2 cawan choc chip
* 1 biji telur- pukul sedikit

Cara-cara

1. Panaskan oven atau kukusan. Susun mangkuk cupcakes
2. Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder
3. Gaul sebati gula, tepung, koko, soda & baking powder
4. Dalam bekas lain, kacau sebati telur, minyak, susu dan essen vanilla
5. Masukkan campuran tepung & koko kedalam campuran minyak.
6. Kacau sebati dan masukkan choc chip. Sudukan kedalam mangkuk cupcakes
7. Kukus/bakar selama 20-25 minit (saya bakar)
>>resipi dari myresipi.com



Quote:
KUIH LOMPANG (kosui)
Bahan-bahan :
* 500 g tepung beras
* 1 sudu besar tepung jagung
* 600ml air
* 1/2 sudu besar kapur makan
* secubit garam
* 280 g gula melaka
* 155 g gula perang
* 125 g gula pasir
* daun pandan
* 250 g kelapa parut

Cara :
1. Satukan air, gula melaka, gula perang, gula pasir, daun pandan dan garam.
Jerangkan di atas api yang kecil & kacau hingga semua gula-gula itu hancur.
Besarkan api & didihkan hingga menjadi pekat.
2. Padamkan api dan tapis. Birakan sejuk.
3. Masukkan campuran gula melaka tadi ke dalam adunan tepung ubi dan tepung jagung. Kacau rata hingga supaya tidak berketul-ketul.
4. Tapiskan dalam ke dalam acuan yang telah dihangatkan. Kukus hingga masak.
5. Rendam acuan-acuan itu dalam air sejuk untuk menyejukkan. Keluarkan dari acuan & golek-golekkan dalam kelapa parut.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net