Nurin Tihani's FotoPage

By: Ummi Babah Nurin dan Aqil

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 29-Aug-2007 09:00 Email | Share | Bookmark
~MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA~

 
 


hooorrraaaaaayyyyyyyyyyyyyyyyyyy... esok kami nak balik kota bharu...
windunyaaaaaa ko kapongggg... lamo sgt doh tak balik...
yang bestnya babah ambik cuti seminggu kali ni... merdeka merdeka merdeka...
jumpa minggu depan ye kengkawan...



resipi utk minum ptg ni.. 1st time buat kek ni.. sib baik menjadi.. babah cakap mcm sarang anai2.. tapi kek ni terlebih manis le.. takleh makan banyak.. boleh le bawak balik ke kampung esok...

Quote:
Kek gula hangus

Bahan-bahan :
1 cwn gula
1 cwn air panas
1 cwn tepung gandum
1 cwn susu pekat
2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 sudu besar mentega

1) Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
2) Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair. (hati2 bila masak gula hangus ni.. )
3) Masukkan mentega. Sejukkan.
4) Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
5) Masukkan susu pekat, kacau sebati.
6) Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
7) Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk
Perap adunan selama lebih kurang 3 – 4 jam.
9) Tuang ke dalam loyang. Kacau sedikit supaya tepung tak mendap.
10) Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"


sumber : chetam (kat resipidiana & myresipi.com pun ada jugak resipi ni)

cara yg ummi buat :
-pukul telur + susu dgn sudu je smpai rata..
-then, blender je bahan tu smpai nampak kembang sikit..
-campur tepung sikit demi sikit.. pukul sebentar.. perap 3 jam



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net