Nurin Tihani's FotoPage

By: Ummi Babah Nurin dan Aqil

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Sunday, 28-Oct-2007 06:37 Email | Share | | Bookmark

 
 

ni menan terbaru babah.. habis serangga kat pokok dpn umah yg jadi mangsa..


Tuesday, 23-Oct-2007 11:36 Email | Share | | Bookmark
Kembali ke Kuantan

Kami sampai Kuantan mlm tadi.. pukol 12 tgh hari bertolak dari kb.. mmg kepenatan yang amat sangat.. patutnya leh smpai kuantan awal lagi tapi babah ajak singgah beraya umah kawan dia kat dungun..



gambar raya banyak sangat thn ni... berderet tunggu nak tempek kat sini...
next entry lah ummi upload.. esok pahang cuti keputeraan.. so kami nak jalan2 gi beraya umah kawan2 babah.. open house pun ada..


Tuesday, 9-Oct-2007 10:06 Email | Share | | Bookmark
Salam Aidilfitri

 


Sempena raya yang bakal menjelang ni kami nak mohon maaf kepada semua rakan2 fp yang mengenali kami.. esok kami nak balik kota bharu... doakan kami selamat pulang ye..
kepada semua yang nak balik kampung tu hati2 di jalan raya k..

Lagi satu ummiNurin nak mintak maaf sebab dah lama tak update fp nurin ni.. dekat sebulan tak berupdate.. kalo rumah tu dah bersawang rasanya.. hehheee.. ummi bz wat biskut raya le.. insyaAllah lps raya nanti fp nurin akan sentiasa dikemaskini..




sapa yg nak rasa biskut nurin ni jom datang umah ye...
4 jenis je yg berjaya dibuat..

Quote:
BISKUT CORNFLAKES

Bahan-bahan (satu balang..lupa kira berapa biji )

* 10 oz tepung gandum (283.495g)
* 4 oz gula halus (113.398g)
* 6 oz marjerin (170.097g)
* 6 oz cornflakes (170.097g)
* 2 biji kuning telur
* 1 sudu teh esen vanilla
* 2 sudu besar tepung jagung (utk merangupkan biskut)

Cara-cara

1. Pukul gula bersama marjerin hingga kembang.
2. Pukul kuning telur dan vanilla hingga rata. Kemudian masukkan ke dalam adunan gula tadi. Pukul seketika.
3. Ramas-ramaskan cornflakes dengan tangan. (Saya tak pakai blender sebab takut terlalu hancur)
4. Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung. Kemudian gaulkan tepung bersama cornflakes.
5. Akhir sekali masukkan campuran tepung & cornflakes tadi ke dalam adunan mentega & gula. Gaul menggunakan spatula hingga rata.
6. Bulatkan adunan kecil-kecil. Hiaskan mengikut kretiviti masing2.
7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 125 C selama 10 minit.


Quote:
BISKUT DAHLIA

Bahan-bahan ( 100 biji )

* 8 oz tepung gandum
* 3 oz tepung kastard
* 1 1/2 oz tepung ubi
* 6 oz gula halus
* 7 oz marjerin / mentega
* 1 biji kuning telur
* 1 sudu teh esen vanilla
* Ceri merah dan hijau utk hiasan

Cara-cara

1. Pukul gula dan marjerin hingga kembang.
2. Masukkan telur sedikit demi sedikit. masukkan esen vanilla. Putar lagi seketika.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung ubi dan kastard.
4. Masukkan adunan tepung ke dlam adunan mentega sedikit demi sedikit.. utk langkah ni, saya gaul menggunakan spatula je..
5. Terap menggunakan acuan semperit. Jika adunan agak lembik tambah lah sedikit gandum.. hias dgn ceri hijau+merah.


Quote:
BISKUT MAMA CAREY

Bahan-bahan :

300 g mentega
375 g tepung
100 g gula ising
130 g tepung jagung
1 sudu kecil vanilla essence

Untuk hiasan:

100 g gula ising
1 biji putih telur
1 sudu besar tepung jagung
sedikit pewarna merah

1. Pukul mentega dan gula ising hingga kembang. Tambahkan esen vanilla dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung jagung dan tepung secukupnya. Uli hingga mendapat doh yang lembut.
3. Canaikan setebal 1/2 cm dan terap menggunakan acuan yang digemari. Susun di atas dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas.
4. Sapukan topping di atas biskut yang telah diterap. Untuk hasil yang lebih baik, gunakan hujung jari untuk meratakan topping tersebut.
5. Dengan menggunakan pencungkil gigi, celupkan ke dalam emulco coklat dan lorekkan di atas topping tadi.
6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150 C selamat 17 - 20 minit.
7. Untuk menyediakan topping : Campurkan semua bahan dan pukul rata hingga mendapat pes yang pekat.


Quote:
BISKUT ARAB(Crystal Ball)

Bahan:
250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minnyak sapi
pewarna merah, hijau, kuning

Papercup

Cara:
1. Gaulkan minyak sapi dengan gula halus hingga rata.
2. Masukkan tepung gandum. Uli hingga menjadi doh yg lembut.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Titiskan warna berlainan pada setiap bahagian.
4. Bentukkan aduna seperti bebola.Cantumkan 3 warna berlainan.
Letak atas cawan kertas.
5. Bakar pada suhu 150darjah lebih kurang 10 minit.
6. Angkat dan taburkan gula caster.


Wednesday, 12-Sep-2007 22:11 Email | Share | | Bookmark
~Nurin 19 months old~



Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah.. hari ni dah pun genap usia nurin 19 bulan..
dah besau anak ummi n babah ni.. rindu pulak kat tgn comel nurin masa kecik dulu..
perkembangan nurin setakat ni amat le memuaskan walaupun tak banyak sangat.. apa yang pasti nurin makin aktif.. makin pandai.. makin cerdik.. mudah sangat ikut apa yg kita sebut walaupun tak jelas sangat sebutannya.. kalau kita cakap "pandai nurin... " terus dia tepuk tangah tersengeh2..
sekarang ni makin manja pulak dgn ummi.. pantang ummi hilang dari pandangan dia terus je dicari.. kalau tak jumpa tu mula le nak menangis.. maklum le siang malam duk berkepit ngan ummi.. babah lak asyik out station je kan.. tinggal nurin sokmo..
lagi satu nurin ni mmg suka sangat iklan kat tv tu.. mmg semua budak2 suka kot..
kalau tengah2 duk menangis tu terus dia 'brek mengejut' bila iklan.. nampak sangat kan budak2 zaman skrg ni membesar depan tv.. kecik2 dah pandai tekan handphone..
iklan terbaru yg dia suka ialah DIGI yang ada org menyanyi tu.. alaaa yang pass2 tepon tu.. dgr iklan tu mmg tergedek2 le dia menari gerakkan bontotnya tu.. videocam mmg kena standby sokmo utk rakam aksi2 yang tak dijangka.. hehheee..




dikesempatan ni jugak nurin nak wish besday kat su elee yang genap 21 tahun
dah boleh le ambik alih loket kunci yang ummi pakai dulu..


Tuesday, 11-Sep-2007 19:13 Email | Share | | Bookmark
~SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK~




[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net