Nurin Tihani's FotoPage

By: Ummi Babah Nurin dan Aqil

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 26-Sep-2008 19:51 Email | Share | | Bookmark
.:SALAM AIDILFITRI SEMUA:.

 


Di kesempatan ini kami sekeluarga nak ucapkan Salam Aidilfitri kepada semua teman-teman yang mengenali kami. Mohon maaf andai ada salah dan silap..
Kepada yang nak balik kampung tu BERHATI-HATI DI JALANRAYA...
InsyaAllah kami akan bertolak balik ke Kota Bharu lepas jumaat petang ni.
sah2 berbuka kat kedai tepi jalan nih.. apapun doakan kami selamat sampai ye..
Alhamdulillah sempat jugak ummi siapkan 4 jenis cookies utk dibawa balik utk tokma n nenek nurin.. kalo ikutkan nak buat lagi.. semangat betul tahun ni walaupun perut dah besar.. hehheee... sambil main masak2 dgn nurin.. nurin seronok tgk biskut raya yg cantik..


>>kepada sesiapa yg sudi bolehlah ambik kad ni gantung kat umah masing2 ye.. moga berseri rumah anda.. hehheee...

Quote:
kad dari teman2 ummi tempek kat entry sebelum ni


Wednesday, 24-Sep-2008 02:03 Email | Share | | Bookmark
.:SEPUPU BARU NURIN & KAD RAYA KAWAN2:.

Assalamualaikum...
lama sungguh fp ni bersawang.. sepanjang ramadhan takde entry langsung yg ummi buat..
kerajinanku meng'update' fp ni berkurangan semenjak dua menjak ni..
tak sampai seminggu pun lagi kita nak beraya.. semalam baru pi beli baju kurung utk nurin..
dapat le 2 pasang.. yg lain tu beli baju biasa2 je.. raya thn ni ummi n babah tak wat baju pun.. babah cakap nak pakai je baju melayu yg lepas2.. semuanya masih elok lagi katanya.. ummi pun ala kadar je thn ni... tahun depan le beraya sakan.. tahun depan insyaAllah babah ada geng nak pakai baju melayu

kat bawah ni ummi perkenalkan sepupu baru nurin dari belah ummi.. cucu lelaki tunggal setakat ni.. baby ziyyad ni lahir pagi 31 ogos lepas.. skrg ni dah nak masuk sebulan umurnya.. gmbr ni beberapa jam selepas lahir.. ihsan daripada ayohngoh nurin.. ummi just tempek je kat quickpage kasi cun sikit..



kat bawah ni lak ummi tempek beberapa kad raya daripada teman2 fp.. memasing dah gantung kad raya nampaknya... next entry ummi letak kad dari nurin n co lak ye..

kad dari fateen


kad dari kak jue


kad dari zira


kad dari kak aimi


kad dari kak yatie



Quote:
update sikt pasal ummi.. rabu lepas gi wat check up kat klinik.. baby gerak ok je.. setakat ni kepala baby masih kat atas lagi.. doktor cakap takyah risau.. lagi pun baru masuk 7 bulan.. yg tak bestnya berat ummi naik tak sampai 1/2 kg pun semenjak puasa ni.. kering tu.. blood pressure pun rendah je.. lagi satu paras Hb pun dah menurun sikit.. lbh kurang 10.3... doktor cakap kalo makin menurun nanti kena aneamia lak.. maybe sebab bulan pose kot.. badan selalu letih.. hopefully lps raya ni kesihatan ummi makin baik..







Monday, 1-Sep-2008 01:21 Email | Share | | Bookmark
.::SALAM RAMADHAN UTK SEMUA::.

 


Alhamdulillah dapat jugak kita bertemu dgn ramadhan kali ni..
semoga kita semua dapat menunaikan ibadah ini dengan sempurna..
dalam keadaan berbadan dua ni ummi jugak harap dapat puasa penuh kali ni..
Malam tadi sib baik dapat bangun sahur.. kol 4 pagi dah sedar.. tu pun sebab nurin nangis llapo susu.. sebelum tido dah mmg set jam nak bgn 4.30..
tapi alang2 dah sedar tu bangun terus le.. nurin tak join kami sahur kali ni..
menu sahur tadi just ikan masak kicap+buncis goreng+telur masin..
telur masin ni wajib ada kalo sahur.. bagi ni sebagai pembuka selera..
tambah2 kalo makan dgn nasik yg masih panas..
untuk berbuka ptg nt still duk pikir lg nak masak apa.. blur pulak rasanya...
kuantan cuti lagi hari ni.. ingat nak le ajak babah pegi beli lauk mentah kat pasar..
tak pun jalan2 cuti mata kat pasar ramadhan ptg nt.. hehheee..

Quote:
ni ada sikit pengumuman.. semalam (31 ogos 2008) nurin dapat sorang lagi
sepupu baru.. anak sulong my abang... ni cucu sulong lelaki tokma n tokbah..
cucu lelaki ke-dua insyaAllah bakal lahir nanti.. TAHNIAH utk ayoh ngoh n mokngoh
nurin tu deh.. dapat baby merdeka nampaknya.. nama baby tak sure lagi.. gmbr pun
takde lg nak tempek.. just dpt tgk pic kat henfun je.. so tunggu la ye...






Thursday, 14-Aug-2008 10:01 Email | Share | | Bookmark
.:Dari dapur ummi:.

 
Dah lama rasanya tak tempek menu dapur nurin kat sini.. so entry kali ni khas utk masak memasak la ye.. selamat menjamu mata ye kawan2...



Quote:
Chocolate Cupcakes (sumber:mamafami- sori mama,miza copy paste je resipi tu)

300g flour
350g sugar
1/2 cup unsweetened cocoa powder
1 1/2 teaspoon baking soda
1 1/2 cup milk
1/2 cup butter
2 teaspoon vanilla
2 eggs

Measure out everything but the eggs directly into your mixer bowl. Mix on low speed just until incorporated. Beat on high speed for 2 minutes. Add eggs, beat on high speed again for 2 minutes.

Scoop mixture into papercups. If your using ice-cream cone, make sure to give about 3/4inch allowance below the cone rim. Bake for 15-25 minutes or until a toothpick comes out clean. Oven temp may varies. I used 170 deg C range.

Let cool slightly in the pan then transfer on a rack to cool completely before frosting.


RESIPI YANG KAT BAWAH NI SEMUANYA DAH LAMA BUAT.. CUMA TAK SEMPAT NAK TEMPEK SINI SEBELUM NI..



Quote:
COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE (sumber: alma @myresipi.com)

Bahan-bahan ( 8-inci )

* Bahan A:
* 250g cream cheese
* 50g butter
* 100 ml susu segar (fresh milk)
* 6 biji kuning telur
* 1 sdb jus lemon
* 1/4 sdk garam
* 60g tepung kek / tepung superfine
* 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
* 140g gula (granulated sugar)
* 6 biji putih telur
* 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

1. Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati.
2. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama tartar krim, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).




Quote:
MARBLE CHOCOLATE CHEESE CAKE (sumber : kak rinn :kak rin,saya copy n paste je ye)

Bahan A :
180gm mentega
20gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
120gm tepung naik sendiri (Diayak bersama serbuk koko & baking powder)
170gm gula castor
3 biji telur

1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, kacau sebati.
2. Masukkan campuran tepung+baking powder+serbuk koko. Gaul rata dan bahagi kepada dua bahagian.

Bahan B:
250gm cream cheese
60gm gula castor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

1.Pukul cream cheese sampai kembang.
2.Campurkan gula, telur dan esen vanilla. Pukul lagi sampai kembang dan rata.

Cara-cara :
1. Tuang satu bahagian A ke dalam loyang. Ratakan. Tuang aduanan cream cheese di atasnya dan ratakan.
2. Tuang sebahagian lagi bahan A dan ratakan.
3. Bakar pada suhu 165 darj cel selama 50min-60min ikut oven masing-masing. Seeloknya dibiarkan sejuk dulu sebelum dipotong.




Quote:
FRUIT TART (sumber :mat gebu @myresipi.com )

BAHAN2 PASTRY:-
-113 g mentega
- 75 g gula halus
- 1 biji telur Gred A + 1 kuning telur
- 250 g tepung gandum

Bahan Pastry Cream
300 g susu segar (panaskan hingga suam)
3 kuning telur
50 g gula halus
20 g tepung gandum*
20 g tepung kastard*(*disatukan dan diayak)
1 1/2 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega

BAHAN2 LAIN:-
- Coklat cair secukupnya
- Buah2an segar (ikut kegemaran masing2)
- Jem aprikot atau piping jelly (kalau suka)

Cara-cara

1. UNTUK PASTRY:- Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut. Bungkus dgn plastik dan dinginkan dalam peti sejuk 2 jam.

2.UNTUK KRIM PASTRY:-
Panaskan susu hingga menjadi suam. Matikan api. Dalam satu bekas, satukan kuning telur, gula dan tepung yg telah diayak. Kacau menggunakan wisk hingga berkrim. Tuang susu suam sedikit2 sambil terus mengacau hingga susu habis dituang. Tenggekkan bekas berisi adunan tadi atas air mendidih dan terus mengacau hingga adunan berubah menjadi pekat dan licin. Matikan api dan masukkan esen vanila dan mentega atau marjerin. Kacau hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas yg bertutup dan tutup rapat.

3.Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit doh dan canai mengikut saiz acuan. Perlahan2 alihkan doh ke dalam acuan tat dan kemaskan. Buat hingga habis. Kemudian cucuk2 permukaan kulit tat dgn garfu.

4.Masukkan acuan tat yg telah diisi dgn doh ke dalam peti sejuk, sementera menunggu oven panas (pada suhu 175C). Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga kuning ke emasan.

5.Bila masak, keluarkan kulit tat dari acuan dan sejukkan diatas redai.

6.Sapukan bhg dalam kulit tat dgn sedikit coklat cair.

7.Paipkan dgn krim pastri tadi. Banyak atau sikit bergantung pada kehendak masing2.

8.Susun buah2an segar mengikut kreativiti masing2....tak kira buah2an tempatan atau buah2an import....




Quote:
PIZZA

Bahan base:
3 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
2 sudu teh yis
1/4 cawan olive oil (pakai minyak masak je)
sedikit garam

Cara:
1.Gaul rata semua bahan sehingga membentuk doh yang lembut.
2.Tutup adunan dgn kain lembap hingga naik 2 kali ganda
3.Tumbuk2 adunan (utk hilangkan angin)
4.Bulatkan adunan dan canai mengikut saiz dikehendaki
5.Biarkan adunan naik sedikit.
6.Bakar pada suhu 180 darjah selama 10 minit.

Inti? Ikut kesukaan masing2 la ye..


Tuesday, 12-Aug-2008 01:30 Email | Share | | Bookmark
.:Nurin sudah 2 1/2 tahun:.

 


Hari ni genap le umur buah hati pengarang jantung kami yang ke 30 bulan.. 2 tahun 1/2 dah tu.. mmg dah big girl pun.. alhamdulillah nurin membesar dengan sihat sama macam kanak2 yang lain walaupun dulu dia lahir as a premature baby.. tiada apa yang dapat kami katakan sebagai ibubapa selain daripada gumbira.. aktif, ceria, periang, nakal, manja, kuat merajuk sume complete ada pada nurin.. sebutan dlm percakapan dia pun dah ok.. takde le pelat.. contohnya perkataan yg ujung bunyi '...ang', '...an','...am' ke dia dapat sebut dengan elok.. loghat klate tu tak dapat dipisahkan le kan.. dah ummi babah dia klate jati..

semenjak bulan lepas babahnya dah tambah channel cartoon network tu.. sebelum ni dia kenal astro ceria je.. kenal uncle aznil dia je.. sikit2 nak tgk tom tom bak.. kejap2 nak tengok cite adi & ayah.. tapi sekarang ni channel playhouse disney dah yg jadi no 1.. of course le mickey n elmo yg jadi fav dia.. tapi bagus le kan.. rancangan tu membina minda anak.. ada pelajaran yg diselitkan.. takde le asyik cerita je semata-mata kan.. hehheee..

skrg ni jam 9 pagi..nurin tgh asyik dibuai mimpi lagi tu.. kebetulan hari ni sejuk yg amat.. mmg best le tido tu.. malam tadi kalo tak silap dlm pukul 4 pagi kot hujan lebat + kilat yg kuat sangat.. sampaikan ummi takut nak bangun cabut kabel network & plug laptop n tv sume tu.. terpaksa le kejut babah suh bangun.. penakut punya orang ummi nurin ni.. tapi ummi takut kilat je.. kalo babah tinggal kami berdua je masa gi outstation ummi tak takut.. asalkan kiri kanan umah kami ni ada orang dah le..




picture kat atas ni memang dah berkulat sikit.. Tokbah & tokma datang jenguk Nurin kat kuantan ni.. tokbah memang semangat nak datang sini masa tu.. kalo ikutkan dia mmg dah tak larat nak drive jauh2.. tapi semangat punya pasal.. sebenarnya ni 1st time tokbah datang sini semenjak nurin lahir.. selalunya tokma je yang datang.. bukannya apa risau je nak tinggalkan umah lama2 kalo takde orang.. kebetulan pulak kali ni nak hantar adik bongsu aku mendaftar kat UiTM Dungun.. kiranya alang2 le datang sini kan.. lagi satu sesambil jenguk cucu-cucunya yang dua org lagi tu (Iesya & Damia).. gmbr kurang clear sikit.. ni masa tokbah n tokma nak bertolak balik ke kb.. sedondon pulak pakaian my parents ni..

Sebenarnya dah kami tak balik kb.. ada le 2 bulan rasanya... tak lama lagi dah nak puasa.. babah nurin asyik bz je.. boleh dikatakan ujung minggu tu ada je kejenya.. kami plan nak balik on 31st merdeka ni.. leh sambut puasa kat kampung jap.. tapi bila pikir balik letih le pulak nak datang sini balik kalo dah puasa.. tambah2 ummi ni le yg tgh bawak budak.. alang2 tu balik le 4 hari ke kan.. walau apa pun tgk le keadaan nt.. tu sume bergantung pada schedule babah..

Quote:
ummi sekarang dah 5 bulan.. alhamdulillah masa check up last week baby ok je.. nurin seronok je bila tgk baby yg bergerak2 tu.. dah nampak jari jemari baby.. doktor ckp kulit perut ummi ni nipis kot sebab tu nampak clear je baby kat dalam tu.. ummi dah rasa tendangan manja baby.. paling kuat bila nak tido malam tu.. dia pulak aktif dok garu perut kite.. ummi ni mcm biasa le.. rasanya berat badan tu naik tang perut je kot.. apa nak buat kan.. dah semulajadi kocik cam gini.. blood pressure tu rendah sikit.. tapi tak kisah le kan.. yang penting tekak ni dah boleh makan macam2... kalo tanya nurin mana adik, dia akan tunjuk kat perut ummi ni.. pandai anak ummi.. suruh kiss adik maka di cium le perutku.. tak lama lagi dah jadi kakak le





[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net